Apa Itu Saham?

apa itu saham
Ketahui apa itu saham, jenis-jenis syarikat di Malaysia dan 4 faedah melabur di syarikat awam.

Masih ramai yang belum jelas mengenai apa itu saham. Rata-rata kebanyakkan masyarakat masih belum berani berjinak-jinak dengan dunia saham kerana bagi mereka, saham adalah grey area dan risko untuk rugi adalah tinggi.

Bagi artikel kali ini, kami akan mengupas mengenai apa itu saham, jenis-jenis syarikat di Malaysia serta apa perbezaan melabur di antara jenis-jenis syarikat yang ada di Malaysia. Anda juga akan mengetahui 4 faedah melabur di syarikat senarian awam.

Apa itu saham?

Pelaburan saham adalah satu aktitivi membeli ekuiti atau memiliki sebahagian daripada perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk syarikat perkongsian dan juga syarikat persendirian yang modalnya terhad dalam syer bagi perniagaan persendirian.

Untuk syarikat senaraian awam pula, pelaburan saham merujuk kepada pemilikan syer ataupun ekuiti dengan aktiviti pembelian saham melalui Bank Pelaburan atau Syarikat Sekuriti (Broker) di Bursa Malaysia sebagai penyedia platform (exchange).

Dengan menjadi pelabur kepada syarikat, anda juga merupakan sebahagian daripada pemilik syarikat berdasarkan jumlah syer yang anda miliki. Sebagai sebahagian daripada pemilik syarikat, anda juga akan berkongsi untung rugi syarikat tersebut.

website ssm
Laman sesawang SSM

Melabur di Syarikat Perkongsian

Jika anda menjadi pemilik kepada syarikat perkongsian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia makanya untung dan rugi syarikat tersebut anda akan berkongsi bersama rakan kongsi niaga anda berdasarkan peratusan syer anda.

Anda juga akan bertanggungjawab terhadap semua liabiliti pinjaman ataupun apa jua risiko dan laba dari perniagaan tersebut kerana tiada pengasingan entiti antara perniagaan dan pemilik syarikat.

Melabur di Syarikat Persendirian

Untuk syarikat persendirian yang modalnya terhad dalam syer di Malaysia ini umumnya syarikat ini di daftarkan sebagai Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan di selia oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary).

Jika anda menjadi pelabur dalam syarikat ini, anda layak untuk mendapat untung dari perniagaan apabila syarikat memberi dividen atau bonus atas pelaburan anda selepas menolak kos operasi.

Syarikat Sdn Bhd adalah satu entiti asing dari individu dan pengurusan syarikat akan diurus oleh Ahli Lembaga Pengarah. Syarikat akan bertanggungjawab terhadap segala liabiliti dibawah pengurusan eksekutif yang dilantik oleh Ahli Lembaga Pengarah.

apa itu saham
Laman sesawang Bursa Malaysia

Melabur di Syarikat Senarai Awam

Pelaburan saham melibatkan syarikat senarai awam di Bursa Malaysia pula adalah aktiviti membeli saham syarikat yang di apungkan di platform Bursa Malaysia. Pendaftar syarikat tersebut (Share Registra) akan menyimpan segala maklumat pelabur yang memiliki saham syarikat.

4 Faedah Melabur di Syarikat Awam

faedah melabur

1. Kenaikan harga saham syarikat

Menjadi pemilik syarikat awam membolehkan anda mendapat beberapa faedah. Antaranya kenaikkan harga saham syarikat. Pelabur boleh mendapat untung melalui membeli harga saham pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.

2. Layak mendapat dividen

Selain daripada itu, pelabur juga layak mendapat dividen daripada syarikat jika syarikat memperolehi keuntungan dan ingin memberi dividen. Ini adalah dua perkara utama kelebihan melabur dalam syarikat awam. Iaitu kenaikkan harga saham dan juga laba dari dividen atas kemakmuran syarikat dalam perniagaan.

3. Memperoleh kelebihan lain

Syarikat juga boleh memberi lain-lain kelebihan kepada pelabur seperti Saham Bonus (Bonus Issue), Saham Waran (Company Warrant), Saham Pengasingan (Split Share), Saham Hak (Right Issue) dan lain-lain yang dirasakan sesuai oleh pengurus syarikat.

4. Menghadiri AGM

Syarikat apungan awam ini didaftarkan sebagai Berhad (Bhd) yang diuruskan oleh pengurusan professional atas lantikan Ahli Lembaga Pengarah. Apabila anda menjadi sebahagian daripada pemilik saham syarikat awam, anda boleh bersuara dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mempunyai undi berdasarkan peratusan saham anda.

Bagaimana saya boleh mula melabur?

Sebelum anda boleh mula melabur dan melakukan urusan transaksi saham di Bursa Malaysia, pelabur perlu ada akaun CDS dan ‘trading’ saham bersama Bank Pelaburan atau syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Anda juga perlu mengetahui akaun CDS dan akaun trading yang mana perlu anda buka. Jangan risau kerana anda boleh membaca artikel yang telah kami sediakan disini sebagai panduan untuk anda memulakan langkah sebagai pelabur.

Setelah anda sudah membuka akaun CDS anda, anda boleh mula membuat pelaburan di Bursa Malaysia. Anda boleh membaca artikel kami sekiranya anda ingin mengetahui platform analisis saham manakah yang terbaik yang dapat membantu anda ketika melbaur.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Maksimakan Keuntungan Pelaburan Anda Melalui AQ VAR Hari Ini

Dapatkan Sistem AQ VAR sekarang! Kini, anda tidak perlu lagi risau mengalami kerugian ketika melabur. Jadil sebahagian 20% pelabur yang menggunakan sistem algoritma hari ini!.

aq-var
Perlukan Bantuan?

Hi, kami sedia membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda

Support Team Anda

Zul

Online

Zul

Hi, ada apa-apa yang saya boleh bantu? 00.00