Apa Itu Akaun CDS Dan Akaun Trading Saham?

apa itu akaun cds
Anda ingin melabur saham? Artikel ini untuk anda. Ketahui apa itu akaun cds dan akaun trading sebelum mula melabur di Bursa Malaysia.

“Mat, aku rasa nak mula melabur saham la””

“Ha, bagus tu Akram. Kau dah ada akaun CDS?”

“Apa itu akaun CDS?”

Diatas adalah contoh perbualan yang lazim kita dengar apabila seseorang itu ingin memulakan langkah untuk melabur saham. Biasanya soalan yang pertama sekali ditanya oleh para broker atau rakan-rakan yang sudah berpengalaman bermain saham adalah “Kau dah ada akaun CDS?”. Jadi artikel kali ini kami akan mengupas apa itu akaun cds, akaun trading serta akaun manakah yang perlu anda buka sebelum mula melabur.

Apa Itu Akaun CDS?

Akaun CDS bermaksud ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Pusat. Akaun ini berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham setelah anda membuat urusan belian dan jualan. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia. Anda boleh membuka akaun CDS dimana-mana Bank Pelaburan dan syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Kebiasaannya akaun CDS ini akan dibuka sekali dengan akaun ‘trading’ bersama broker saham pilihan anda. Akaun ‘trading’ ini berfungsi untuk membuat transaksi belian dan jualan saham. Anda akan memasukkan modal pelaburan anda didalam akaun ‘trading’ ini untuk membuat transaksi saham. Ini bermaksud selepas anda membuat belian di akaun ‘trading’ saham anda akan disimpan dalam akaun CDS anda.

Akaun CDS dan ‘trading’ untuk pelabur boleh dibuka lebih daripada satu. Sebagai contoh jika anda ada akaun CDS dan ‘trading’ Bersama Maybank Investment Bank, anda boleh juga buka akaun CDS dan ‘trading’ Bersama Kenanga Investment Bank, RHB Investment Bank atau Malacca Securities mahupun Public Investment Bank.

2 Kategori Akaun CDS

Akaun CDS ini pula terbahagi kepada 2 kategori:

  1. Akaun CDS Islamik
  2. Akaun CDS Konvensional

Perbezaan utamanya adalah pelabur yang membuka akaun CDS Islamik tidak boleh membeli saham tidak syariah di ‘trading’ platform elektronik sama ada di Laptop/PC ataupun di telefon pintar anda. Sistem akan ‘auto reject’ pembelian saham anda jika anda adalah pemilik akaun CDS Islamik dan ingin membeli saham tidak patuh syariah.

Keduanya wang pelaburan yang disimpan dalam akaun ‘trading’ anda tidak akan menerima sebarang faedah tidak seperti akaun konvensional yang akan menerima faedah berdasarkan kadar bank pelaburan tersebut.

Ketiganya pemegang akaun Islamik ini tidak boleh berdagang melebihi jumlah wang pelaburan yang ada didalam ‘trading’ akaun mereka. Manakala akaun ‘trading’ konvensional boleh membeli saham menggunakan ‘limit’ walaupun pelabur tiada wang dalam akaun.

perbezaan akaun cds islamik dan konvensional
Perbezaaan akaun CDS Islamik dan Konvensional

Senarai broker yang menawarkan Akaun CDS Islamik:

landskap pelaburan patuh syariah
Landskap Pelaburan Patuh Syariah. Sumber (Bursa Malaysia)

Sekiranya anda ingin membuka akaun CDS Islamik, anda perlu mendaftar dengan syarikat-syarikat broker yang sah, yang tersenarai di laman sesawang Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini telah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menawarkan akaun CDS dan perkhidmatan patuh-syariah.

Anda boleh menyemak syarikat-syarikat broker yang boleh menjalankan perdagangan saham mengikut prinsip syariah di sini. https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/our_products_services/islamic_market/bursa_malaysia_i/list_of_islamic_brokers

Sehingga kini, terdapat 14 buah syarikat broker yang menawarkan akaun CDS dan perkhidmatan patuh-syariah sama ada full-fledged atau window basis:

akaun cds patuh syariah
Senarai syarikat broker patuh syariah
  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
  2. AmInvestment Bank Berhad
  3. BIMB Securities Sdn Bhd
  4. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
  5. Hong Leong Investment Bank
  6. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
  7. Kenanga Investment Bank Berhad
  8. Malacca Securities Sdn Bhd
  9. Maybank Investment Bank Berhad
  10. MIDF Amanah Investment Bank Berhad
  11. Public Investment Bank Berhad
  12. RHB Investment Bank Berhad
  13. TA Securities Holdings Berhad
  14. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
  15. KAF Equities Sdn Bhd

2 Jenis Sudut Pegangan Saham

Selain daripada dua jenis akaun CDS yang kita kongsi tadi iaitu Akaun CDS Islamik dan Konvensional, akaun CDS juga terbahagi kepada dua dari sudut faktor pegangan saham.

  1. CDS Direct
  2. CDS Nominess

Pertama ‘CDS Direct’. Akaun ini akan didaftarkan terus atas nama anda dalam pendaftar saham.

Kedua ‘CDS Nominess’. Akaun ini akan didaftarkan atas nama bank pelaburan anda dan nama anda sebagai penamanya.

Perbezaan CDS Direct dan CDS Nominess

CDS Direct

CDS Direct adalah akaun ini akan didaftarkan terus atas nama anda dalam pendaftar saham. Kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda mendaftar akaun CDS Direct ialah;

  1. Dividen saham akan terus dimasukkan ke dalam akaun anda jika syarikat memberi dividen,
  2. Boleh memohon saham IPO
  3. Boleh hadir ke AGM syarikat
  4. Laporan kewangan tahunan syarikat terus dihantar ke alamat anda

CDS Nominees

CDS Nominees adalah akaun ini akan didaftarkan atas nama bank pelaburan anda dan nama anda sebagai penamanya. Untuk akaun ‘CDS Nominees’:

  1. Ada yuran yang akan dikenakan atas dividen
  2. Tidak boleh memohon saham IPO menggunakan akaun CDS Nominees
  3. Tidak boleh hadir ke AGM syarikat
  4. Tiada laporan kewangan akan dihantar ke alamat anda.

Kebiasaannya pelabur yang menggunakan akaun CDS Nominees ini adalah pelabur yang menggunakan perkhidmatan ‘margin financing’ dimana bank yang membiayai saham pelabur ini sebagai penama utama dalam pemilikan saham dan nama pelabur sebagai penama kedua.

Jadi apabila anda mahu membuka akaun saham, wakil peniaga saham anda akan membuka akaun ‘direct’ kebiasaannya. Tetapi ada juga broker seperti Rakuten akan membuka akaun saham ‘nominees’ untuk anda. Untuk kepastian anda boleh bertanya kepada wakil peniaga saham anda akan status CDS anda sebelum membuka akaun, ataupun boleh terus menghubungi pihak kami bagi mendapatkan khidmat nasihat sebelum anda membuka akaun CDS.

jenis pegangan saham
Jenis pegangan saham (Direct vs Nominee)

Akaun Trading

Seperti yang diberitahu di awal artikel ini, akaun ‘trading’ anda akan dibuka sekali bersama akaun CDS anda. Akaun ‘trading’ inilah yang anda akan gunakan untuk membuat transaksi belian dan jualan saham. Anda perlu memasukkan modal pelaburan anda di dalam akaun ‘trading’ ini sebelum mula membuat transaksi saham. Kebiasaannya Bank Pelaburan ataupun broker saham mempunyai 3 jenis akaun trading.

Akaun Cash (Cash Upfront)

Akaun jenis ini memerlukan pelabur mendepositkan wang dahulu sebelum membeli saham. Jika tiada wang dalam akaun trading pelabur tidak boleh membeli saham. Akaun jenis ini adalah akaun yang biasa pelabur gunakan. Kebaikkannya pelabur hanya merisikokan modal yang ada dalam akaun trading sahaja.

Akaun Collateral

Akaun jenis ini akan menggandakan ‘limit’ belian pelabur dalam gandaan 2 kali atau 3 kali bergantung kepada broker dan bakinya perlu diselesaikan pada waktu ‘settlement’ iaitu T, T1, T2 dan T3 (force selling). Sebagai contoh jika anda masukkan modal RM10,000 limit belian anda akan menjadi RM20,000. Apabila anda membeli saham berjumlah RM15,000 anda perlu membayar bakinya dalam tempoh 2 hari.

Akaun Margin

Akaun jenis ini akan menggandakan ‘limit’ belian pelabur pada kebiasaannya 1.5 kali atau 2 kali tetapi tiada had masa seperti akaun collateral. Akaun jenis ini mengenakan faedah kepada pelabur bergantung kepada kadar Bank Pelaburan. Sebagai contoh, pelabur mempunyai wang modal sebanyak RM10,000 dan dimasukkan kedalam akaun margin ini. Limit belian pelabur akan menjadi RM20,000.

Apabila pelabur membeli saham bernilai RM15,000, baki RM5,000 akan dikenakan faedah ke atas pelabur. Terma dan syarat dalam akaun margin ini adalah berbeza untuk setiap broker.

jenis akaun trading
Jenis akaun trading (Cash vs Collateral vs Margin)

Akaun CDS dan Akaun Trading Mana Patut Saya PIlih?

apa itu akaun cds

Sebagai seorang muslim, sudah tentunya kami menyarankan anda membuka akaun CDS Islamik kerana sumbernya yang halal lagi baik. Sehingga kini, terdapat 700 daripada 940 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia yang anda boleh melabur.

Manakala bagi akaun trading pula, kami meyarankan anda memilih akaun trading cash bagi memudahkan anda mengurus risiko pelaburan anda. Disamping itu, amat penting untuk anda melabur berdasarkan modal yang ada pada tangan anda.

Kami berharap artikel ini mampu menjawab persoalan “apa itu akaun CDS?” yang sering menjadi tanda tanya buat anda yang berminat dann ingin memulakan langkah untuk menceburi bidang saham ini. Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian kami.

Sekiranya anda berminat membuka akaun CDS, anda boleh mendaftar bersama kami. Ketahui lebih lanjut manfaat yang bakal anda peroleh apabila mendaftar akaun CDS anda di sini.

Kongsi Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Maksimakan Keuntungan Pelaburan Anda Melalui AQ VAR Hari Ini

Dapatkan Sistem AQ VAR sekarang! Kini, anda tidak perlu lagi risau mengalami kerugian ketika melabur. Jadil sebahagian 20% pelabur yang menggunakan sistem algoritma hari ini!.

aq-var
Perlukan Bantuan?

Hi, kami sedia membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda

Support Team Anda

Zul

Online

Zul

Hi, ada apa-apa yang saya boleh bantu? 00.00