3 Ciri Platform Analisis Saham Terbaik Yang Perlu Pelabur Tahu

Ciri Platform Trading Saham Yang Perlu Anda Tahu
Ketahui apa itu platform analisis saham dan ciri-ciri platform analisis saham yang perlu anda tahu.

Ciri platform analisis trading saham akan dikupas di dalam artikel ini bagi membantu para pelabur memilih platform trading yang sesuai bagi mereka. Jika anda sedang berkira-kira untuk menggunakan platform analisis trading, artikel ini adalah panduan bagi anda.

Apa itu platform analisis saham?

Secara asasnya mengikut investopedia, platform analisis saham adalah software yang digunakan oleh para pelabur dalam menganalisis dan memantau kaunter-kaunter saham yang berpotensi naik.

Dari sudut teknikal pula definisi trading strategi adalah set of rules (sekumpulan peraturan) yang memberi signal untuk membeli dan menjual tanpa sebarang kesamaran atau elemen yang subjektif.

Signal-signal yang dikeluarkan oleh platform analisis saham ini mengunakan indikator teknikal atau gabungan indikator teknikal contohnya Moving Average, Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI)

Kenapa wujudnya platform analisis saham?

Tujuan utama mengapa wujudnya platform analisis ini adalah untuk membantu para pelabur mengawal risiko serta menambah keuntungan dalam apa jua keadaan pasaran sekalipun.

Pendek kata, anggaplah platform ini sebagai blueprint yang diguna pakai dan dirujuk ketika anda melabur. Dengan adanya blueprint ini, anda akan lebih bijak dan berhati-hati ketika melabur.

Selain itu, platform analisis saham juga dapat membantu para pelabur mengawal emosi daripada terjebak dengan elemen yang boleh membawa kerugian buat mereka.

3 ciri platform analisis yang baik

Sebelum memilih platform analisis saham yang manakah patut anda gunakan, anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu apakah ciri platform analisis trading saham yang baik yang mampu membantu anda menganalisis dan membuat keuntungan di pasaran saham .

Ciri 1: Membuat keuntungan real-time

Platform analisis saham yang baik mempunyai trading strategi “edge” atau “kelebihan” yang boleh memberi peluang kepada pelabur untuk membuat keuntungan dalam real-time.

Agak mudah mencipta trading strategi berdasarkan simulasi yang menggunakan data lama. Tetapi untuk mencipta platform yang berfungsi secara real time dan terdedah pada data yang belum dilihat (data masa depan) bukanlah satu perkara yang boleh dipandang rendah.

Ciri 2: Berdasarkan trading rules yang baik

Trading strategi saham yang baik mestilah berdasarkan peraturan berdagang (trading rules) yang baik. Contohnya adalah platform analisis atau platform trading yang mengikut trend semasa.  

Trading rules platform tersebut pula berdasarkan hipotesis, mempunyai logik yang mudah difahami serta konsisten 100% dengan platform trading tersebut.

Ciri 3: Berdasarkan harga dan volume

Ciri trading strategi saham terakhir yang baik mempunyai peraturan (rules) yang mudah dan berdasarkan pada harga dan volume dan bukannya dari data yang kompleks dihasilkan dari data asal.

Platform tersebut juga tidak memerlukan peraturan yang banyak untuk mendapatkan entry dan exit. Selain itu sistem perdagangan yang baik juga mengambil kira pertukaran karakter dalam pasaran.

Apakah platform analisis dan trading saham AQ VAR?

aq-var
Produk AQ VAR. Info lanjut disini

Platform analisis dan trading saham AQ VAR adalah satu software saringan saham berpotensi naik jangka pendek yang berdasarkan algoritma yang telah dibangunkan oleh pihak  Althea Quant Sdn Bhd.

AQ VAR bermaksud, Althea Quant Value At Risk dimana algoritm ini dicipta untuk menyaring saham berpotensi di Bursa Malaysia berdasarkan harga LIVE dan real-time dan saham yang berpotensi untuk membuat trend menaik.

Sistem AQ VAR menggunakan platform dari ShareInvestor sebagai tapak untuk ianya berfungsi. AQ VAR mempunyai dua komponen dan skrin penting untuk para pelabur iaitu Saringan Saham (Stock Screener) dan juga indikator teknikal.

Saringan Saham (Stock Screeener)

Saringan saham akan menyenaraikan saham berpotensi naik apabila anda menekan butang Screen Now. Dalam Stock Screener AQ VAR ini ada beberapa column penting untuk maklumat pelabur.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Entry
  2. Volume
  3. Stop Loss
  4. Risk & Reward (dalam percentage)
  5. Risk (dalam bid).

Indikator Teknikal

Indikator teknikal AQ VAR pula berada pada skrin sebelah saringan saham berfungsi untuk membantu pedagang memberi maklumat secara visualisasi.

Mudah sahaj untuk memahami indikator AQ VAR. Untuk Entry (BLUE DOT), Stop Loss/Take Profit (VAR LINE), Buying Interest (GREEN DIAMOND) dan Momentum (ORANGE TRIANGLE). 

Indikator AQ VAR menggunakan simbol dan warna untuk memudahkan pedagang membuat keputusan dengan pantas dan efisyen. Ia juga membantu pelabur baharu dalam membuat analisis.

testimoni-aq-var-profit-3

Apakah kelebihan platform analisis saham AQ VAR?

Platform analisis saham AQ VAR akan membantu para pelabur menyaring saham bermomentum naik secara LIVE di waktu pasaran. Kesemua saham yang naik yang mengikuti resepi AQ VAR akan muncul di platform saham ShareInvestor.

Tiada satu saham dan sektor yang menaik akan terlepas dari screener saham AQ VAR. Tugas pelabur hanyalah membuat saringan dan membuat pilihan terakhir dari senarai yang diberikan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pelabur itu sendiri.

Software AQ VAR juga memberi dan memberi cadangan (recommendationEntry, Stop Loss/Take Profit kepada pelabur. Ini membuatkan sistem AQ VAR ini sesuai kepada pelabur baru yang ragu-ragu untuk membuat belian dan jualan.

Jadi pelabur baru yang tiada asas analisis teknikal saham juga boleh menggunakan sistem AQ VAR. Namun pelabur yang telah mempunyai asas dan pengetahuan dalam analisis teknikal mempunyai kelebihan dalam menggunakan sistem ini.

Software AQ VAR ini juga sesuai untuk pelabur yang bekerja pejabat dan juga pelabur yang bekerja secara Freelance. Ini sangat menjimatkan masa kepada para pelabur untuk membuat analisis teknikal.

Pendek kata, platform ini sesuai digunakan oleh setiap lapisan pelabur kerana ianya mudah dan mempunyai 3 ciri platform trading saham terbaik yang telah dikongsikan didalam artikel ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AQ VAR, anda boleh membacanya disini. Pihak Althea Quant akan memberi modul cara penggunaan sistem AQ VAR di mana pelabur boleh menyesuaikan cara penggunaan sistem mengikut kesesuaian masa dan modal pelabur.

Kongsi Artikel Ini

Maksimakan Keuntungan Pelaburan Anda Melalui AQ VAR Hari Ini

Dapatkan Sistem AQ VAR sekarang! Kini, anda tidak perlu lagi risau mengalami kerugian ketika melabur. Jadil sebahagian 20% pelabur yang menggunakan sistem algoritma hari ini!.

aq-var
Perlukan Bantuan?

Hi, kami sedia membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda

Support Team Anda

Zul

Online

Zul

Hi, ada apa-apa yang saya boleh bantu? 00.00